Featured

PENGENALAN DIRI

This is the post excerpt.

Bismillahirahmanirahim. Alhamdulillah ke- hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniannya, saya diberi kesempatan untuk menulis sedikit coretan bagi tatapan kalian. Juga tidak dilupakan untuk berselawat kepada junjungan besar Rasulullah SAW, kerana kerana jasa dan penghorbanan beliau saya dan juga kalian semua dapat hidup di dunia ini.

Nama diberi Masitah binti Abidin. Saya berumur 18 tahun. Saya anak kelahiran dari Kemaman, Terengganu Darul Iman. Keluarga saya mempunyai lima adik beradik, yang terdiri daripada tiga perempuan dan dua lelaki. Saya merupakan puteri kedua daripada lima adik beradik.

Selepas tamat persekolah di peringkat SPM, saya melanjutkan pelajaran ke Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu Melaka dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Hobi saya adalah membaca novel. Misalnya, ada sesiapa yang mempunyai hobi yang sama seperti saya, bolehlah kita berkongsi pendapat dan cerita mengenai novel yang telah di telaah.

Sekian sahaja coretan saya pada kali ini.

 

IMG20170405190923[1]

TUNJANG PERKEMBANGAN FIZIKAL DAN KESIHATAN

DEFINISI

Kanak-kanak merupakan anugerah Tuhan yang memerlukan perhatian terutama dari segi perkembangan fiikal. Kanak-kanak memerlukan aktiviti yang menguatkan kawalan otot mereka. Aspek perkembangan fizikal adalah amat penting di prasekolah kerana tanpa perkembangan fizikal yang mantap, kanak-kanak akan menghadapi masalah dalam melakukan sebarang aktiviti seperti memegang pensel atau berus untuk menulis dan melukis, penglibatan dalam aktiviti sukan, aktiviti memainkan peralatan muzik serta pengendalian peralatan.

Tunjang ini juga memberi penekanan kepada pembinaan amalan penjagaan kesihatan fizikal diri, kebersihan persekitaran dan pemakanan yang berkhasiat. Tabiat yang dibina akan memberi faedah dan manfaat kanak-kanak. Secara lazimnya kanak-kanak yang mempunyai badan yang sihat dapat memberi tumpuan yang lebih baik kepada pembelajaran dan mempunyai konsep kendiri yang positif. Tunjang ini juga menekankan aspek keselamatan diri daripada sumber yang mungkin menyebabkan kemalangan dan bahaya kepada diri mereka seperti kekejangan termasuk langkah menjaga kehormatan diri dari sebarang gangguan dari pihak yang tidak sepatutnya.

PERKEMBANGAN FIZIKAL

Perkembangan fizikal merupakan perkembangan yang penting bagi sesorang individu tersebut terutama dalam kalangan kanak-kanak. Terdapat beberapa aspek penting yang diambil kira dalam tunjang perkembangan fizikal. Antaranya adalah perkembangan psikomotor halus, perkembangan psikomotor kasar, kesihatan dan keselamatan. Keempat-empat aspek ini mempunyai kelebihannya yang tersendiri iaitu dapat membantu kanak-kanak dalam aktiviti pembelajaran, membina kemahiran pergerakan asas dan kekuatan fizikal untuk melibatkan diri dalam aktiviti fizikal, mengamalkan cara hidup sihat dan selamat serta mengamalkan sikap keprihatinan kepada kesihatan anggota diri.

 2

PERKEMBANGAN KESIHATAN

Dalam aspek ini melibatkan aspek dalam mengetahui pentingnya menjaga kebersihan tubuh badan dan pakaian, memakai pakaian yang sesuai mengikut keadaan, mengetahui makanan seimbang serta tabiat makan yang baik untuk kesihatan dan mengamalkan pergerakan yang betul untuk postur badan yang baik.

Dalam konteks tunjang ini juga mengelaskan mengenai anggota tubuh badan manusia. Hala ini membolehkan kanak-kanak dapat mengenal pasti setiap nama anggota badan yang mereka miliki dan juga mengetahui setiap satu fungsinya.

3

ANGGOTA BADAN DAN FUNGSINYA

1.0 PENGENALAN

Setiap anggota badan manusia mempunyai fungsinya yang tersendiri. Oleh itu, kita seharusnya menjaga setiap anggota yang dikurniakan oleh Yang Maha Kuasa dengan sebaik-baiknya. Anggota badan yang dimaksudkan ialah mata, mulut, telinga, tangan dan kaki. Setiap anggota membawa fungsi yang berlainan. Persoalannya apakah fungsi dan kepentingannya kepada manusia? Mari kita terokai bersama-sama.

 

2.0 MATA

Seperti yang kita sedia maklum, mata merupakan pancaindera yang digunakan sebagai melihat sesuatu benda, akan tetapi dalam konteks sains pula mata lbih diterangkan dengan lebih spesifik. Bulu mata ialah salah satu bahagian yang berfungsi sebagai menjaga mata daripada dimasuki benda-benda asing yang berukuran kecil seperti pasir dan debu. Cuba kita bayangkan misalnya kita tiada bulu mata, sudah pasti mata kita akan dimasuki debu dan sakit serta berkemungkinan akan menjadi buta.

                                 mata

 

3.0 MULUT

Mulut merupakan rongga yang berada di dalam tengkorak. Terdapat dua fungsi mulut iaitu makan dan bercakap. Semasa makan terdapat beberapa aspek yang boleh disentuh. Fungsi utama mulut merasa makanan sama ada masin, manis, pahit dan masam menggunakan lidah. Hidup kita tidak lengkap dan tidak dapat merasakan kenikmatan ketika makan misalnya kita tidak dapat mengenalpasti apa rasa makanan yang dimakan. Kita diumpamakan sebagai tong yang diisi dengan makan tanpa respon akibat kehilangan deria rasa.

mulut

            3.1 MENCERNA MAKANAN

Proses pencernaan bermula di dalam mulut. Makanan yang dimasukkan ke dalam mulut dan dikunyah menggunakan gigi menghancur dan menghasilkan makanan dalam kuantiti yang kecil untuk memudahkan disalurkan ke kerongkong dan mengelakkan daripada tecekik. Air liur yang terdiri daripada enzim amilase yang memainkan peranan memecah karbohidrat menjadi glukosa (gula).

 

3.2 BERCAKAP

Setiap butir bicara yang terungkap dikeluarkan melalui mulut. Oleh itu, mulut amat penting dalam berkomunikasi antara dua hala. Tidak dapat disangkal komikasi boleh berlangsung menggunakan bahasa isyarat, akan tetapi ia agak sukar berlaku jikalau salah satu pihak tidak memahami bahasa isyarat yang digunakan. Hal ini menyebabkan input yang hendak sisampaikan tidak berkesan.

 

4.0 TELINGA

Telinga merupakan organ yang berfungsi untuk mendengar suatu suara atau bunyi. Hal ini demikian kerana telinga mempunyai reseptor khusus yang digunakan untuk mengenalpasti getaran bunyi yang terhasil. Tetapi suara atau bunyi yang dapat didengar oleh telinga yang mempunyai batasan iaitu frekuensi 20 Hz hingga 20.000 Hz. Jika bunyi yang melalui telinga melebihi had pendengaran telinga, maka gegendang telinga berkemungkinan akan pecah dan menyebabkan pekak secara tidak langsung.

telinga

5.0 TANGAN

Tangan berfungsi untuk menggenggam sesuatu barang. tangan juga dapat mengesan suhu sama ada panas mahupun sejuk apabila menyentuh sesuatu benda. Selain itu, tangan juga digunakan untuk melakukan aktiviti harian seperti makan, menulis melukis dan sebagainya.

tangan

 

6.0 KAKI

Kaki merupakan pelengkap autonomi tubuh untuk menampung berat badan samasa berjalan, berlari dan beraktiviti. Kaki juga mempunyai kombinasi sitem badan yang kompleks yang berfungsi  untuk menyimbangkan, menyokong dan menstabilkan tubuh badan.

kaki

 

7.0 KESIMPULAN

Setiap anggota badan kita sangat penting dan perlu dihargai. Oleh itu, sebagai manusia yang bersyukur, kita seharusnya menghargai rezeki dan kurnian Allah dengan menjaga kesihatan diri. Antara contoh cara untuk menjaga kesihatan diri ialah makan makanan yang seimbang mengikut cadangan piramid makanan yang telah direka mengikut kuantiti yang diperlukan oleh tubuh badan seseorang individu tersebut berdasarkan umur, jantina dan bentuk badan.